Isnin, 15 Ogos 2016

Petua Mudah Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hi mommies..kali ni saya nak share beberapa petua yang boleh banyakkan susu ibu.

Petua 1
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu.
Setelah suam, tekapkan pada payudara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

 Petua 2
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Petua 3
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air tersebut 2 hingga 3 kali sehari. 
 

 Apa yang penting mommies kena pastikan minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu anda.
Selamat Mencuba.
Wasalam
 

Tiada Masalah Perut Buncit Walaupun Bersalin Czer


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini saya nak sharekan testimoni dari Puan Zura

Katanya “Saya telah menggunakan bengkung moden ini untuk berpantang selepas bersalin anak pertama dan kedua..kedua-duanya cesarean.
Saya amat berpuas hati dengan bengkung moden yang saya beli daripada puan. 

Amat selesa dan saya dapat kekalkan bentuk badan saya seperti sebelum berkahwin.

Alhamdulillah sepanjang penggunaan bengkung moden ini secara displin saya tidak menghadapi masalah perut buncit selepas bersalin walaupun saya bersalin secara cesarean.

Saya amat galakkan kepada ibu-ibu untuk menggunakan bengkung ini. Amat berpuas hati sekali.”


Alhamdulillah Puan Zura berpuashati dan selesa dengan bengkung kami. Terima kasih puan sebab sudi kongsikan feedback dengan kami. kami sangat hargainya.

Wasalam


Feedback Bengkung Moden..Perut Tak Buncit Walaupun Selepas Czer


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar puan-puan semua. Hari ini saya nak kongsikan testimoni terkini yang kami terima dari Puan Sefiah.

Katanya “Alhamdulillah saya selesa memakai bengkung moden. Mula-mula ragu juga tentang pemakaian bengkung selepas bersalin czer tetapi setelah memakai saya rasa lebih selesa.
Kawan-kawan yang datang melawat pun hairan kenapa perut saya tak buncit selepas czer.”



Alhamdulillah Puan Sefiah berpuashati bila pakai bengkung moden. Terima kasih puan sebab sudi kongsikan feedback dengan kami. kami sangat hargainya. Kami doakan puan sekeluarga dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Wasalam

Bengkung Moden..Walaupun Anak Dah 3, Perut Saya tak Buncit


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak share kan testimoni lagi dari pengguna bengkung moden. 

Katanya “Bengkung Moden amat selesa saya pakai bengkung ni dari anak pertama, kedua dan ketiga.

Sangat selesa tambahan pula saya bersalin secara czer, selain itu saya pakai sekiranya perut saya sedikit buncit.

Alhamdulillah walaupun anak dah 3, perut saya tak buncit.




Penafian/Disclaimer : Testimoni yang digunakan adalah testimoni sebenar dari pengguna kami. Kesan dan kebaikan produk di atas adalah berbeza mengikut individu
Alhamdulillah Puan Azrin berpuashati dengan bengkung kami. Terima kasih puan sebab sudi kongsikan feedback dengan kami. kami sangat hargainya.


Wasalam
 

Selasa, 2 Ogos 2016

5 Benda Wajib Yang Perlu Ada Dalam Set Berpantang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Percaya atau tak bila kita dah disahkan pregnant masa tu apa yang terlintas di fikiran seorang ibu adalah untuk sediakan barangan keperluan bayi dahulu.Pada waktu inilah, mereka akan mula membeli pakaian bayi, bedung bayi, barut bayi, buaian, troli bayi dan sebagainya. Namun, keperluan berpantang selepas bersalin juga sama pentingya.

Jika anda sedang mencari set bersalin yang boleh memenuhi keperluan berpantang selepas bersalin anda, maka 5 benda ini perlu ada bersama anda:

1. Minyak urut
Terdapat pelbagai minyak urut yang anda boleh guna kerana ia digunakan semasa proses awal semasa berpantang iaitu mengurut. Minyak urut biasanya adalah minyak panas yang mengandungi herba-herba terpilih seperti halia bara,serai dan lain-lain.

Setiap ibu akan melalui tiga fasa urutan. Pada fasa pertama, urutan yang dikenali sebagai ‘urutan sentuhan’ bermanfaat untuk memulihkan kekejangan perut, melegakan otot-otot yang tegang, mengurangkan stres dan menggalakkan tidur yang lena.

Urutan fasa kedua dan ketiga dikenali sebagai ‘Urutan asak’ adalah urutan yang membantu membetulkan kembali rahim ke kedudukan asalnya. Urutan ini kemudiannya memudahkan darah selepas bersalin (darah nifas) keluar dengan teratur, mengeluarkan kotoran di kawasan rahim dan kelangkang, melegakan kembung perut dan sembelit.

Selain menggunakannya pada perut ,pinggang, kaki dan tapak kaki, minyak urut juga boleh digunakan untuk mengurut payudara untuk mudahkan pengaliran susu.




2. Tungku
Bertungku adalah salah satu amalan semasa berpantang masyarakat Melayu. Biasanya ia dilakukan sebelum wanita itu dipakaikan bengkung.
Bertungku sangat baik  untuk kecutkan rahim dan keluarkan darah beku yang terperap di dalam badan. Darah ini perlu dikeluarkan dengan membawa bersama kotoran dan toksin dari dalam badan.




Ia juga dapat membantu:
  • Untuk lancarkan peredaran darah, melegakan otot dan membuang angin dari dalam badan.
  • Mencantikkan kulit dan menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam.
  • Memecahkan lemak dan mengelakkan rahim jatuh
  • Mengembalikan bentuk tubuh kepada keadaan asal.
Kebanyakan wanita-wanita sekarang inginkan tungku bersalin yang mudah didapati dan disediakan. Oleh itu, jika anda mendapatkan set bersalin, pastikan ia mengandungi tungku bersalin sekali.
Ia bermanfaat untuk melegakan otot-otot yang tegang, memecahkan lemak, mengeluarkan angin dan toksin, mempercepat pengecutan rahim, meleperkan perut dan mengembalikan tubuh badan kepada asal.

3. Bengkung
Kain bengkung adalah kain lebar yang dililitkan pada badan wanita yang bersalin. Ia biasanya diperbuat bergantung kepada kualiti kain tersebut. Anda boleh mendapatkan bengkung kain secara berasingan atau bersama dengan set bersalin yang anda beli.
Sekarang ni dah macam-macam bentuk bengkung yang ada di pasaran, jadi pilih lah dari segi kualiti kain dan kegunaannye ye.




Berbengkung baik untuk:
  • Mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin
  • Mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
  • Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
  • Menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
  • Menghalang peranakan daripada ‘turun’
4. Mandian herba
Herba-herba seperti akar kayu dan rempah-rempah akan direbus dan air rebusannya dijadikan mandian. Biasanya ia telah dikomersialkan di dalam satu produk yang dipanggil mandian herba.




Ia amat penting di dalam proses pemuliharaan luaran dan dalaman badan.
Ia membantu:
  • Mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin
  • Melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit
  • Membersihkan faraj dari darah nifas selepas bersalin
  • Merawat urat-urat yang sengal
5. Keperluan untuk si kecil
Sebelum anda melahirkan , anda juga kena pastikan keperluan bayi telah pun disediakan.
Ada banyak produk penjagaan di pasaran. Antaranya minyak telon yang baik untuk menghangatkan tubuh bayi dan menghindari tubuh bayi dari kesejukan, kembung perut, angin pasang dan sawan angin.

Selain itu, anda juga boleh menyediakan bedung, barut bayi dan tungku untuk bayi.



Harap dengan perkongsian artikel kali ini ia akan menlengkapkan persediaan puan-puan sebelum bersalin.Kesemua bahan ini boleh didapati di dalam set bersalin yang lengkap.
Wasalam