Rabu, 5 Oktober 2016

Bengkung Moden - Bengkung Khas untuk Bersalin Pembedahan

Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean) Menghalang Anda Dari Memakai Bengkung Sewaktu Tempoh Berpantang?

Bagaimana Kalau Saya Katakan ANDA BOLEH MEMAKAI BENGKUNG Walaupun Telah Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean)?

Bengkung Moden yang diimport dari luar negara dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin pembedahan (cesarean)
Kebaikan Bengkung Moden Untuk Anda

  • Direka khas untuk ibu-ibu yang bersalin melalui kaedah pembedahan (cesarean). Ia boleh mula dipakai dalam masa 24 jam selepas bersalin.
  • Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.
  • Bentuk V Bengkung Moden yang direka untuk keselesaan pemakai. Bahagian bawahnya yang lebih lebar dari bahagian atas untuk memastikan bengkung kejap dibadan, tidak menggelunsur, tidak bergulung, berlipat atau bergerak seperti kebanyakan bengkung yang ada dipasaran.
  • Reka bentuk V bengkung juga adalah sebagai bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.
  • Mudah untuk di pakai. Velcro strap boleh dilekatkan di mana-mana bahagian luar bengkung mengikut keselesaan. Ia juga amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana materialnya membolehkan “Velcro Strap” melekat di mana-mana bahagian luar bengkung.
  • Bengkung moden lain yang terdapat dipasaran terhad kepada bahagian yang dikhaskan untuk velcro strap sahaja. Selepas beberapa lama dipakai, ia akan menjadi longgar terutama jika ditarik dan telah melebihi tempat untuk “Velcro Strap” tersebut.


Perlu saya tekankan disini bahawa bengkung moden ini direka khas untuk mereka yang bersalin secara pembedahan (cesarean) dan telah melalui peringkat R&D (Research & Development) yang berulang kalisebelum diedarkan dipasaran agar dapat memberikan keselesaan dan kesan yang optimum kepada penggunanya. Oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu tentang ini.

Sebenarnya saya belum habis menghuraikan kebaikan-kebaikan Bengkung Moden ini kerana banyak lagi kebaikannya yang belum saya beritahu kepada anda.
  1. Bengkung Moden ini dibuat dari bahan bebas dari getah. Oleh itu ia selesa dipakai, tidak menyebabkan kegatalan, menyerap peluh, tidak panas, lembut pada kulit dan tidak tebal
  2. Ia juga merupakan yang pertama di dunia yang menggunakan latex free material. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas, ciri-ciri ini sememangnya membantu anda merasa selesa sepanjang masa bengkung dipakai.
  3. Melindungi bahagian yang dibedah terutama sewaktu menyusukan bayi di posisi duduk. Bengkung ini bertindak sebagai pelapik dan pelindung tempat pembedahan. Ciri rekaannya juga membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. 
  4. Size bengkung yang lebar (bagi bengkung 4 panel) bukan sahaja membantu mengempiskan perut tetapi juga mengecilkan bahagian pinggul yang telah mengembang sewaktu mengandung.
  5. Boleh dibasuh dengan tangan atau dengan mesin basuh.


Tidakkah anda rasa anda patut memiliki Bengkung Moden ini selepas mengetahui kegunaannya?

Bukan itu saja, Bengkung Moden ini juga sebenarnya boleh digunakan oleh…
  1. Ibu-ibu yang bersalin secara normal dan pada waktu yang sama perlu menguruskan anak-anak yang lain. Bengkung ini sangat mudah untuk dipakai dan amat praktikal untuk mereka.
  2. Ibu-ibu yang berpantang seorang diri tanpa bantuan atau jagaan dari saudara terdekat. Bayangkan diri anda terpaksa berpantang seorang diri… mana nak jaga badan sendiri yang masih lemah dan sakit-sakit selepas bersalin, mana nak jaga bayi lagi… bertambah parah kalau bayi asyik meragam saja sampaikan nak lilit bengkung kat badan pun tak sempat.
  3. Mereka yang sedang tercari-cari bengkung yang mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai dan menyerap peluh. Saya percaya ada antara anda di luar sana pernah mencuba bengkung moden “strap on” yang terdapat di pasaran tapi anda berasa sangat tidak selesa kerana bahannya yang di perbuat dari getah atau bahan yang tidak menyerap peluh. Akibatnya ada yang mengalami gatal-gatal dan ruam di bahagian perut akibat dari penggunaan bengkung tersebut.
  4. Mereka yang ingin mengempiskan perut. Saya pasti ramai diantara anda yang mengalami masalah perut buncit lepas bersalin walaupun berjaya menurunkan berat badan tapi buncit di perut tidak hilang. Ini kerana Bengkung Moden ini boleh dijadikan korset untuk menguruskan badan dan mengembalikan bentuk tubuh idaman. 
  5. Bengkung Moden ini tidak mengandungi dawai atau besi dibahagian tepi dan belakang seperti kebanyakan korset yang terdapat dipasaran bagi memberikan keselesaan kepada pemakainya. Tahukah anda besi yang dipasang pada korset boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit dibahagian belakang?
WHATSAPP/ CALL / SMS UNTUK INFO LANJUT 

Isnin, 15 Ogos 2016

Petua Mudah Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hi mommies..kali ni saya nak share beberapa petua yang boleh banyakkan susu ibu.

Petua 1
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu.
Setelah suam, tekapkan pada payudara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

 Petua 2
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Petua 3
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air tersebut 2 hingga 3 kali sehari. 
 

 Apa yang penting mommies kena pastikan minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu anda.
Selamat Mencuba.
Wasalam
 

Tiada Masalah Perut Buncit Walaupun Bersalin Czer


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini saya nak sharekan testimoni dari Puan Zura

Katanya “Saya telah menggunakan bengkung moden ini untuk berpantang selepas bersalin anak pertama dan kedua..kedua-duanya cesarean.
Saya amat berpuas hati dengan bengkung moden yang saya beli daripada puan. 

Amat selesa dan saya dapat kekalkan bentuk badan saya seperti sebelum berkahwin.

Alhamdulillah sepanjang penggunaan bengkung moden ini secara displin saya tidak menghadapi masalah perut buncit selepas bersalin walaupun saya bersalin secara cesarean.

Saya amat galakkan kepada ibu-ibu untuk menggunakan bengkung ini. Amat berpuas hati sekali.”


Alhamdulillah Puan Zura berpuashati dan selesa dengan bengkung kami. Terima kasih puan sebab sudi kongsikan feedback dengan kami. kami sangat hargainya.

Wasalam


Feedback Bengkung Moden..Perut Tak Buncit Walaupun Selepas Czer


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar puan-puan semua. Hari ini saya nak kongsikan testimoni terkini yang kami terima dari Puan Sefiah.

Katanya “Alhamdulillah saya selesa memakai bengkung moden. Mula-mula ragu juga tentang pemakaian bengkung selepas bersalin czer tetapi setelah memakai saya rasa lebih selesa.
Kawan-kawan yang datang melawat pun hairan kenapa perut saya tak buncit selepas czer.”



Alhamdulillah Puan Sefiah berpuashati bila pakai bengkung moden. Terima kasih puan sebab sudi kongsikan feedback dengan kami. kami sangat hargainya. Kami doakan puan sekeluarga dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Wasalam

Bengkung Moden..Walaupun Anak Dah 3, Perut Saya tak Buncit


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak share kan testimoni lagi dari pengguna bengkung moden. 

Katanya “Bengkung Moden amat selesa saya pakai bengkung ni dari anak pertama, kedua dan ketiga.

Sangat selesa tambahan pula saya bersalin secara czer, selain itu saya pakai sekiranya perut saya sedikit buncit.

Alhamdulillah walaupun anak dah 3, perut saya tak buncit.




Penafian/Disclaimer : Testimoni yang digunakan adalah testimoni sebenar dari pengguna kami. Kesan dan kebaikan produk di atas adalah berbeza mengikut individu
Alhamdulillah Puan Azrin berpuashati dengan bengkung kami. Terima kasih puan sebab sudi kongsikan feedback dengan kami. kami sangat hargainya.


Wasalam
 

Selasa, 2 Ogos 2016

5 Benda Wajib Yang Perlu Ada Dalam Set Berpantang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Percaya atau tak bila kita dah disahkan pregnant masa tu apa yang terlintas di fikiran seorang ibu adalah untuk sediakan barangan keperluan bayi dahulu.Pada waktu inilah, mereka akan mula membeli pakaian bayi, bedung bayi, barut bayi, buaian, troli bayi dan sebagainya. Namun, keperluan berpantang selepas bersalin juga sama pentingya.

Jika anda sedang mencari set bersalin yang boleh memenuhi keperluan berpantang selepas bersalin anda, maka 5 benda ini perlu ada bersama anda:

1. Minyak urut
Terdapat pelbagai minyak urut yang anda boleh guna kerana ia digunakan semasa proses awal semasa berpantang iaitu mengurut. Minyak urut biasanya adalah minyak panas yang mengandungi herba-herba terpilih seperti halia bara,serai dan lain-lain.

Setiap ibu akan melalui tiga fasa urutan. Pada fasa pertama, urutan yang dikenali sebagai ‘urutan sentuhan’ bermanfaat untuk memulihkan kekejangan perut, melegakan otot-otot yang tegang, mengurangkan stres dan menggalakkan tidur yang lena.

Urutan fasa kedua dan ketiga dikenali sebagai ‘Urutan asak’ adalah urutan yang membantu membetulkan kembali rahim ke kedudukan asalnya. Urutan ini kemudiannya memudahkan darah selepas bersalin (darah nifas) keluar dengan teratur, mengeluarkan kotoran di kawasan rahim dan kelangkang, melegakan kembung perut dan sembelit.

Selain menggunakannya pada perut ,pinggang, kaki dan tapak kaki, minyak urut juga boleh digunakan untuk mengurut payudara untuk mudahkan pengaliran susu.




2. Tungku
Bertungku adalah salah satu amalan semasa berpantang masyarakat Melayu. Biasanya ia dilakukan sebelum wanita itu dipakaikan bengkung.
Bertungku sangat baik  untuk kecutkan rahim dan keluarkan darah beku yang terperap di dalam badan. Darah ini perlu dikeluarkan dengan membawa bersama kotoran dan toksin dari dalam badan.




Ia juga dapat membantu:
  • Untuk lancarkan peredaran darah, melegakan otot dan membuang angin dari dalam badan.
  • Mencantikkan kulit dan menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam.
  • Memecahkan lemak dan mengelakkan rahim jatuh
  • Mengembalikan bentuk tubuh kepada keadaan asal.
Kebanyakan wanita-wanita sekarang inginkan tungku bersalin yang mudah didapati dan disediakan. Oleh itu, jika anda mendapatkan set bersalin, pastikan ia mengandungi tungku bersalin sekali.
Ia bermanfaat untuk melegakan otot-otot yang tegang, memecahkan lemak, mengeluarkan angin dan toksin, mempercepat pengecutan rahim, meleperkan perut dan mengembalikan tubuh badan kepada asal.

3. Bengkung
Kain bengkung adalah kain lebar yang dililitkan pada badan wanita yang bersalin. Ia biasanya diperbuat bergantung kepada kualiti kain tersebut. Anda boleh mendapatkan bengkung kain secara berasingan atau bersama dengan set bersalin yang anda beli.
Sekarang ni dah macam-macam bentuk bengkung yang ada di pasaran, jadi pilih lah dari segi kualiti kain dan kegunaannye ye.




Berbengkung baik untuk:
  • Mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin
  • Mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
  • Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
  • Menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
  • Menghalang peranakan daripada ‘turun’
4. Mandian herba
Herba-herba seperti akar kayu dan rempah-rempah akan direbus dan air rebusannya dijadikan mandian. Biasanya ia telah dikomersialkan di dalam satu produk yang dipanggil mandian herba.




Ia amat penting di dalam proses pemuliharaan luaran dan dalaman badan.
Ia membantu:
  • Mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin
  • Melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit
  • Membersihkan faraj dari darah nifas selepas bersalin
  • Merawat urat-urat yang sengal
5. Keperluan untuk si kecil
Sebelum anda melahirkan , anda juga kena pastikan keperluan bayi telah pun disediakan.
Ada banyak produk penjagaan di pasaran. Antaranya minyak telon yang baik untuk menghangatkan tubuh bayi dan menghindari tubuh bayi dari kesejukan, kembung perut, angin pasang dan sawan angin.

Selain itu, anda juga boleh menyediakan bedung, barut bayi dan tungku untuk bayi.



Harap dengan perkongsian artikel kali ini ia akan menlengkapkan persediaan puan-puan sebelum bersalin.Kesemua bahan ini boleh didapati di dalam set bersalin yang lengkap.
Wasalam